Webinar Kidsventure – Bijak Kewangan

5 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 April 2026, telah diadakan webinar KidsVenture – Bijak Kewangan yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Peserta didedahkan dengan konsep asas seperti menabung, berbelanja secara berhemah serta membezakan keperluan dan kehendak. Selain itu, webinar ini turut menekankan kepentingan perancangan kewangan sejak usia muda bagi mengelakkan pembaziran. Aktiviti interaktif yang dijalankan membantu meningkatkan kefahaman peserta serta menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Program ini diharap dapat melahirkan generasi yang lebih celik kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali